Ahad, Mac 01, 2009

mengantuk but it feels good nonetheless

wah. dari semalam bangun seawal jam9 pagi. basuh pakaian. ke kedai printing (mahal!) di sekitar tmn desa. banyak pamphlet juga poster/infomercial yang perlu di print dan tanpa disedari sudah hampir jam12 siang. bergegas ke lokasi di ampang. sebaik tiba, lebih kurang jam 1230 siang, sudah terdapat sejumlah teman di sana, terutama penganjur sendiri. ramai yang sudah siap menyusun-atur "space" mereka. hari ini aku jadi wakil NOSC. tugas aku? tampal segala yang aku print tadi. siapkan uncang beg untuk di letakkan pamphlet yang sudah di print, dan jika ada yang ingin tahu lebih lanjut akan soal kolektif, memberi bantuan dan menjawab pertanyaan. ringkas. malah jadi lebih ringkas bila tiada seorang pun yang akhirnya bertanya soal kolektif. patut kah aku gembira kerana tidak perlu melayan kerenah dan seribu macam persoalan? aku harus. namun, aku rasa sebaliknya. hurm...

apa-apapun, pendapat aku, gig semalam agak well-organised. memang terdapat sedikit "loop hole" di sana sini, tapi aku rasa nothing major. objektif tercapai. pada pandangan aku lah. yang aku lihat tujuan gig semalam ada lah untuk semacam empowering womyn especially those yang involve di dalam "scene". mungkin lebih di dalam diy konteks. penglibatan dalam soal2 administrasi penganjuran gig, ekualiti di dalam mosh pit etc. begitu juga bagi aku salah satu dari workshop yang aku sempat hadiri, aku dapati ia menarik dan sekurang-kurangnya, memberi ilmu baru kepada aku. nah. tidak aku pernah terfikir soal alternatives pad! menarik cuma aku fikir jika lebih ramai yang participate ia akan jadi lebih menarik. tapi apa daya, jika semua orang ke tingkat dua, maka band yang perform di bawah, akan main untuk empty audience pula bukan?

turn-out yang sangat memberangsangkan. aku jangka lebih kurang 300-400 orang hadir semada sebagai penganjur, pemain musik, crew dan yang lain-lain. angka yang bagi aku, luar biasa mungkin? begitu pun aku sangat berpuas hati kerana dapat berjumpa kenalan lama & baru, juga mereka yang sebelumnya mungkin "oh, i saw you at this and this gig a few time, but never got the chance to tegur2 or sembang2 lah. what's your name again, sir/mam?" sort of friend. hehe.. managed to bought some good books and zines; dapat restraint diri dari godaan cd2 menarik yang akhirnya - GAGAL di sebaik pulang ke StudioShopSpace, wow...Glenn (Singapore friend) ada bawa a few copies of a few titles of CDs of a few of my "Wanted List" bands. So, I bought all four; Stop It!, Circle Takes The Square, The Red Chord and the fucking Daughters. Ah, still owe PakTua the cash lah. By any chance if some day that En Azhan looking at this, please remind me to pay you back yah.

Stop It! Mula-mula dengar nama mereka melalui interview di dalam HeartAttack. Sangat berminat untuk find out pasal mereka. Namun tidak kesempatan mendengar serta lebih penting memiliki full-length mereka. Damn! Fucking brilliant post-fucking-punk-rock! PERIOD!

Since aku berjaya dapatkan CD mereka, itu really made my day yang masih sampai kini hampir jam10 pagi Ahad, masih belum lelapkan mata dan yang paling tak tahan, di pejabat seawal jam 730 pagi di (sekali lagi) pagi Ahad yang sepatutnya di habiskan di bilik menonton DVD atau membaca buku-buku karya Prem atau bersama teman-teman bercanda di tepian kolam.

Tammat.

2 ulasan: