Selasa, Februari 24, 2009

10 bands that changed my life

crap.

lama gile tak update. akal buntu. work. work. work. how am i suppose to complete this macro economic overview crap, i really don't have any idea. at least not now. jadi better aku buat keje tak guna ini. i listened to a lot (yeah, i mean A LOT) of music, tak kira lah samada dari kaset, cd, piring hitam, video, etc yang original mahupun tiruan malahan mp3s dan lain2 format online. tapi, di sini aku ingin listkan 10 bands yang menggegarkan hidup aku semenjak aku mengenal musik.

1. WOW/WAU - time aku darjah ntah berapa, aku terdengar satu lagu ni dalam radio. aku tak ingat tajuk lagu atau ejaan sebenar band ni, wow atau wau atau lain2 tp bunyi nya tetap, "wow!". balada rock. yes. mulai saat itu, baru aku btol2 nk dig musik rock tak kira lah dari apa cabang pun. sebelum tu mmg la dengar segala ape Search, Wings, XPDC, Olan, SYJ, etc tp minat gile tu takde. dengan lagu wow tu la aku jadi budak kecik yg tiap2 hari nk kena dengar radio siap dengan kaset kosong utk dub/record lagu2 yg kuar dlm radio.

2. FUGAZI - mungkin ramai yg kenal aku tau betapa influential nya mereka ini terhadap aku. aku tidak pernah dengar perkataan hardcore, punk, skinhead ke ape2, tp aku mengenal perkataan FUGAZI ini terlebih dahulu! Semenjak Ogy Ahmad Daud membuat liputan FUGAZI perform di KL dlm Melodi yg bersiaran di TV3, aku dengan begitu kerap ke cyber cafe di Kota Bharu dan juga di Seremban (fucking expensive!) untuk find out siapa mereka, apa yg mereka sahutkan, kenapa mereka begitu, bagaimana boleh jadi begitu dan seribu satu persoalan lain. namun atas sebab limitasi ilmu IT aku, tak byk yg berjaya aku discover except ada 1 band ni dlm salah satu dr ribuan interbiu korang (aku rasa), mentioned yg FUGAZI ada influence musik mereka dan aku dapati band itu agak famous di Malaysia dan tidak lah mustahil utk find out more about Fugazi through this band. Dan band itu adalah.....

3. NIRVANA - Yah! Corporate Rock Still Sucks! Band yg aku maksudkan tadi adalah Nirvana. Kurt Cobain ada mentioned that Fugazi ada sedikit sebanyak influence dorang jgk. Ye lah, band2 yg sewaktu dengan mereka belaka tu kan, Sonic Youth etc... Dalam pencarian diri aku yg memang pada masa tu, form 1 ke form 2 yg sangat stress (tekanan skolah asrama penuh yg penuh dengan bigotry), aku rasa dpt relate dengan musik dan lirik Nirvana ni. Kemeja kotak dan jeans koyak terus menjadi pilihan. tp bukan kasut. vans ke ape ke, aku mmg dari dulu bukan mat kasut. ntah kenapa pun tak pasti. mungkin sbb aku suka tunjukkan kaki aku yg gebu? haha.. BANGANG. form 2 mmg peak. rokok kuar weekend sekotak kejab je abis. mmg life suck and i want to die la time tu. sampai la aku discover genre yg relate dengan previous band bbdk fugazi tu, MINOR THREAT. Yehaa... Selepas hampir 2 tahun mencari, aku dpt juga dengan musik serta memahami idea dorang. Very good! very good! This is about to bring a huge change in my life!!!

5. SICK OF IT ALL / CAUSE FOR EFFECT - Yah, 1998. Tahun Reformasi. Bukan sekadar di jalanan. Tp reformasi buat aku juga. Aku mula kenal MT dan discover lebih byk tentang hardcore, punk, oi! dan mcm2 lagi. Even sebelum tu aku dah penah dengar musik2 yg sebegitu (ini positive point dok asrama, pendedahan tu meluas), aku hanya mula minat hardcore as a music selepas mendengar lagu2 SOIA dan juga CFE. Aku harus admit kegagalan utk hadir ke konsert SOIA memang antara kekesalan utama dalam cinta aku terharap musik! Aku nekad. Campak puntung rokok, tinggalkan niat utk minum (walaupun aku agak yakin yg ada beberapa occassion minuman aku telah di campur!), dan about sex bebas, nah...agak naive but to tell the truth, at 15, aku tak terpikir lagi psl pompuan ape lagi sex. Nekad mmg nekad. In 3 months time, aku fully embraced straight edge ideology. tp band old school hardcore malaysia time tu suck. 3 kali aku hantar duit order stuff, tak penah dpt jawapan!!!

6. YAPHET KOTTO - Time flies, dan makin hampir tempoh waktu aku meninggalkan sekolah. Time tu makin rancak dengan aktiviti beli stuff melalui surat. Dalam negara/luar negara. Duit belanja makan sekolah abis dekat situ je. No wonder sampai form5 seluar aku size 28 je. Tu pun longgar & kena pakai belt. Ketika tu semua org tergila dengan Fingerprint dari Perancis. Wow. Best! Aku selidik lagi band2 segenre dengan nya sampai la aku jumpa band di bawah Ebullition Recs ni, Yaphet Kotto. Instantly, emo violence is now my favourite genre!

7. RADIOHEAD - UiTM Shah Alam. Semester Ke-2. Aku tinggal di Perindu. Sebelum itu aku mmg pernah dengar nama dan lagu Radiohead. Malah ketika form 2 seingat aku, di Terminal One Seremban, poster dorang besar2 di tampal dkt satu kedai musik tu. Time tu album OK Computer baru rilis. Aku tak penah teringin nk dig psl konon HC tepu. Tp masuk uni, aku baru tau betapa pentingnya belaian seorang kekasih (haha...crap!). Terus "Creep" menjadi pujaan. Dari saat itu, aku bersusah payah cuba dptkan segala album dorang. Terbaik! Sgt2 terbaik!

8. GLAY - Ini salah sorang member aku yg juga ahli kongi gelap papakerma punya pasal. tahun2 2001, 2002, byk gile drama jepun main dlm tv. aku suka. cerita dia very "soulful". ada jiwa. citer psl kedai kek pn jd best gile. even until today aku sgt suka drama jepun. cuma masa je xde utk tgk n cekidut. dlm byk2 band jepun aku dengar, Glay plg tangkap. Rockstar btol. Dengan meminati Glay, secara langung mempengaruhi aku utk cek out band2 hc/punk yg ada di sana. Maka dengan itu...

9. ENVY - Terjumpalah satu band bernama Envy. Tak mau tulis panjang2.

10. REFUSED - Akhir sekali, aku kena masukkan dorang ni. Byk bukak mata aku utk jd lebih kritikal dan praktikal. Situationist katakan. Hehe..

Band yang aku sgt suka tp tak masuk dlm top10: The Beatles(sbbkan aku cek out blk band2 lama - termasuk Grateful Dead), Creedence Clearwater Revival (Ramones pun cover lagu drg, ape cer!), Unholy Grave (sumpah klu bukan sbb dorang, aku tak minat grind sampai skrg kot) dan 1001+ lagi.

Fuh... Dah terbuang setengah jam. Yeah!

Tiada ulasan: